Sunday, December 28, 2008

aku sakit...

cukup ke ape yg aku dapat ni?? smlm aku ckp, lebih drpd cukup....bersyukur sgt2.. tp hari ni...aku rase ape yg aku dapat tu xcukup..sgt2 kurang...mmg...aku slalu mcm ni..xpenah bersyukur..ske meminta-minta...semalam ckp laen, hari ni ckp laen...atau..aku ade 'penyakit' tu? uhuu...klo ye, mmg parah.. nape dari dulu xpenah hilang2? ye..mmg..aku mmg ade 'penyakit' tu... aku xpenah ingin mcm ni..aku xske hidup dijangkiti 'penyakit' ni! aku tau, cme ade satu je ubat utk penyakit ni..nmpk mcm senang tp kdg2 memerlukan mase yg lame utk pulih..aku dah berusaha nk ubati 'penyakit' ni..stp hari aku cube..tp blum lg menampakkan hasilnye.. ATAU.. usaha aku belum ckup...ATAU..aku xikhlas?? ntahla...aku sendiri xtau..tp rasenye, yg kedua tu lagi tepat kot jawapannye..T_T

tolong la...aku xske begini! sungguh! sbb aku terseksa.. wahai 'penyakit', cepatlah kau pergi dari aku..dan jgn pernah datang2 lg...tolong laa...aku merayu....

Saturday, December 27, 2008

pleaseee.....

pleaseee.....

do go away quickly.......

yup....quickly.....

coz..im really in a great suffer if you are here.....

it hurtssss!

im tired of crying.....

i cant stand anymore......

so,

pleasee.......

go away....fullfil all ur dreams there...quickly.......



Friday, December 26, 2008

lecturessss.....

there i go again..finally dpt gak online sjak 5 hari balik usm ni..huu..nampknye wireless connection kat cni dah makin baek..(yes!yes!).. ble time pg2 cmni signal strength excellent! klo dlu asek2 low, xpun very low..aishhh..

semalam cuti krismas..arini pun cuti..patutnye ade klas tp dah kne postpone next week.night class..huu~ esok,lusa n tulat pun cuti....aisehh..bosan2..xtau nk wat ape...semalam aku tdo dari pukul 1.45 smpaila 5.45 ptg..ble bangun rase cm dah xbape nk btol..2la kesannye tdoq lame sgt! hehe~

aku ingtkan awal2 start sem2 ni, xde la lecture lg..just briefing jer..tp..sangkaan aku mmg meleset..pg2 isnin dah ade lecture..organic chem delivered by prof. chan ...huwaaa..klo dlu mmg aku minat gler subject ni! tp skang, xtau la......xdpt nk dibayangkan.....S.U.S.A.H....hurm..xpela..maybe baru lg kot..lame2 nnti ok ler kot..hope so~

lepas klas organic chem..Dr. Yvone masuk..jeng3..die pun kasik briefing pasal subjek dosage form 1..ermm..tp aku agak tertarik la tgk dr yvone ni..hehe..cantek la die..pandai bergaye wpun aku rase umur die mayb dah masuk early 40..ngeee~ subjek ni bg aku mmg menarik..secare umumnye subjek ni adelah pasal UBAT..aisehh..xreti la explain... tp ble dgr dr yvone ckp yg nnti time practical 'no more groups' but you have to do it 'individually'...ngaaa~ aduhh...cuak2... maksudnye aku kene prepare ubat sendiri2..xleh la nk mntk tlg kwn cm dlu..huu..kang silap ingredients, xpun terlebih dose...mmg parah la...kosong markah aku..huwaa....erm..tp klo pk2 blk, nilah masenye nk practice as a future pharmacist..ble lg klo bkn skang...positive..positive...(wpun tkot..)

hari selase...lecture PNS(periheral nervous system) by dr aidi..ermm...no komen la...rase cm susah..tp klo dr aidi yg ajar mayb senang sket kot nk phm..1 yg aku ske pasal dr aidi ni, die sgt ske wat analogy yg agak hiperbola..mmg xpenah terlintas kat fikiran..lawak gak ble dgr..mayb tula carenye nk kc ktorg cpt ingt..hehe..

keje aku utk mggu ni adelah menghafal Latin abbreviation yg slalu doctor tulis kat prescription...huhu..byk sungguh..stakat ni aku baru hafal 60...rasenye ade lg baki dalam 140 perkataan nk dihafal..ni antare yg aku dah hafal..ish3

  1. a.c. (ante cibum) = before food
  2. a.h. (alternis horis) = every other hour
  3. a.j. (ante jentraculum) = before breakfast
  4. a.m. (ante meridiem) = before noon
  5. a.p. (ante prandium) = before dinner
  6. aa. (ana) = of each
  7. ad 2 vic. (ad duas vices) = for two times
  8. ad 3 vic. (ad tres vices) = for three times
  9. ad lib. (ad libitum) = at pleasure, to any extent
  10. ad neutral. (ad neutralisandum) = to neutralisation
  11. ad sat. (ad saturandum) = to saturation
  12. ad part. dolent. (ad parts dolentes) = to the painful parts
  13. ad secund. vic. (ad secundum vicem) = for the second time
  14. ad tert. vic. (ad tertiam vicem) = for the third time
  15. aeg. (aeger,aegra) = the patient
  16. alt. (alternus a,um; altera) = alternate; the remainder
  17. altern. d. (alterni die) = every other day
  18. add. (adde) = add(imperative)
  19. addend. (addendus,a um; addendo) = to be added, by adding
  20. admov. (admove;admoveatur;admoveantur) = apply; let it be applied;let them be applied
sekian aje...baru 20 yg btol2 aku ingt..huhu..maknenye ade lagi baki 180...mampu ke??
ya...chayo! chayo! (ingt pesan dr yvone, i will test u on Latin abbreviation 2 weeks from now!!)

p/s: doakan aku mampu menghafal...heee..=)

Saturday, December 20, 2008

pulang

esok dah nk balik usm...cuti dah abes..huuu..klo bleh xmo balik..nk duk umah goyang kaki je..haishhh..malasnye nk mengadap buku lg..so, i guess after dis it will be a long silence from me..blog ni pun will be left without updated since the wireless network at my hostel is quite terrriblee + i'll be very2 busy with my study..ngeee~
gonna miss my home(aisehh..homesick ke??), family n of course rinduuu utk tdoq lame2..=p

till we meet again,

tata for now.....

Friday, December 19, 2008

Belajarlah utk berkata syukur

1st time aku bace email yg pjg cenggini..salunye mesti aku delete je..tp..xrugi bace..

Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.


Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh...

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2.

Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang memb a b i tkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk. Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih
menunggang basikalnya.


Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini.Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don ' t know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).


Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?


Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya ' just nice ' . Mungkin juga kita terb a b i t dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan ?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh.Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak. Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar.Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.


Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur.Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? ' Grass is always greener on the other side ' . Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah.Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?


Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750.Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar!Sekarang,ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati.
Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2.Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah
kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.


Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.


Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia.Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...


Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti,saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu ' alam...


Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu.Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal ' Alamin...


Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....

Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kebodohan saya sendiri. wallahu a ' lam!

Wassalamualaikum warahmatullah

Thursday, December 18, 2008

thank you

thanks Ya Allah...
im very2 grateful of what i already had now...
thanks for dis precious gift....=)
although others might think, 'dis' is nothing...
but for me..
it is more than enough..yes it is!

aku rindukan kesederhanaan itu.....

Wednesday, December 17, 2008

~new

new SEM will start soon...
yup!!!
this is it....
2nd SEM....
new subject....
new hope.....
n of course with...
new spirit!!!
yeahhh..
gambarou!!!!

Here are the new subjectsss for dis SEM:
  • FAR122/4 :Dosage Form 1
  • FAR141/4 :Peripheral Nervous System & Therapy
  • FAR112/3 :Organic Chemistry 1
  • FAR161/2 :Basic Pharmacology & Immunopharmacology
  • FAR153/2 :Communication Skill in Pharmacy Practice
uhhh..mampu ke aku nk lalui 2nd sem yg aku mmg sgt amat pasti lg ssh dari sem1...
dgr name subject je dah wat aku kecut perut..huuu~
sem1 yg senior2 ckp senang pun aku dah rase ssh ya amat..
tu pun dah terkapai2..
tggl lagi sket je nk lemas...aiyakkk..huisshh

dear myself,
dun be lazy2 lg yaa...
doa byk2..yes2..mesti!
kuatkan semangat!
mesti berusaha!

Tuesday, December 16, 2008

big girl do cry..



im sad........=(
yupp.....
very...very...very sad.....

dear my heart,
be strong pleaseee........

shall i keep on waiting?
naah....

kalo mmg ini takdirnya....

........

i'm a bit crazy now....

wut actually happen to me???

hurmmm..

huh..??

dun have any answer for dat q...

still..

dun know why...

Friday, December 12, 2008

Marriage...


"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." (HR Tarmidzi dan Ahmad)


Kawen???
ngaaaa....aisehh..nape kebelakangan ni aku asek dgr perkataan tu je..
sume org dah nk kawen..spanjang duk kat umah ni, ade je kad kawen yg sampai..
tiap2 mggu ade je org kawen..???!!??
adek beradek aku pun sume dah nk kawen..
abg wan ngn abg am dah selamat kawen ngn pilihan hati msg2(cheewahhh..)
ameen..
moge bahgie hingge ke anak cucu la ye..=)
xlame lg kakak ku yg seorg tu(yg salu kne tpu ngn aku tu..hahaha) pun dah nk kawen.. ohhh..tidakk!!!
caner ni.. nnti klo time raye sape yg nk tolong mak kat dapur..
basuh pinggan,masak..lipat baju, basuh baju,jemur baju,sapu smph..
aku ke??
xmo..xmo..aku kan pemalas...
ha..ape kate ble time raye, aku upah org gaji sementara..
angkut ler mane2 minah indon kat usm tu..hehe
ha..idea bagus tu!!
cess..xmasuk akal pnye idea!! ape daa..
ishh..yg aku duk risau sgt ni pehal??
lek r..haishh...setakat nk tlg sket2 tu, kecik pnye hal la..(ayt nk menyedapkan hati utk diri sendiri yg pemalas..hahaha..pdn muke!!)
tp...
sdeh laa...
sume dah nk kawen...
kang time raye ade la yg balik umah mentua la..apela..
aisehh..xleh r nk kumpul ramai2...raye same2 cm dlu..
g raye umah mak ude..pastu balun sume jns krepek(b.am sorg je yg salu wat..hua3)
tp kan...
ble difikir2 blk...
ble sume dah kawen(bkn sume..aku ngn g-mir xkawen lg..=p)
makin meriah ler rumah ni..
kaum kerabat en shaharanee dan pn normahanim pun bertambah..
pastu 'pokok Geni" yg abg Edy tanam tu pun makin membesar(hahaha...xphm sudah!!)
ape2 pun..
kepade..
abg wan&k.iza, abg am&k.dayah..
dan...
kakak&abg shahril..
semoge bahgie dan sentiase diberkatiNya...=)




Wednesday, December 10, 2008

Di malam rabu itu...

p/s: cite kat bawah ni xmenarik pun..so baek jgn bace..hua3


12.50 a.m : arghh..dah bape kali tukar channel kat tv..xde citer menarik pun.bosan.aku amik
remote, truss off tv..
12.55 a.m : online jap la..tgk ym list..sape ade mlm ni ye?? hmm...awie tgh online.. ishh,,tbe2
xde mood plak..len kali la ym ngn die..uhuu..sign out..shut down...
1.05 a.m : masuk bilik..ingt nk tdo tp mate ni segar bugar lg..aku pandang hp ku yg dah disetkan
ke 'silence' mode..hmm..die x bls msg aku lg...xpe ah aku tunggu...sementare nk tggu
msg smpi baek aku layan lagu jap..
1.10 a.m : aku capai earphone kat tepi bantal..ermm..lagu ape aku nk dgr ni ye?? haa...lagu
ni..best!!best!! lame dah xdengar..imran ajmain-seribu tahun.play.
1.15 a.m : hishh..napela kwn aku sorang ni xbalas2 lg msg aku..lagu td pun dah abes..tbe2
teringat, td die ade gtau yg die nk packing barang..lusa ade kem..esok nk blk k.l bus
kul 8..ala, kot ye pun nk kemas brg, xkn la xleh reply msg aku dulu..uhhh..hishh apela
aida,..die busy tu,phm r sket.esok nk kne bgn awal..emm..xpe2..aku tggu lg.kot2 la
nnti die bls msg aku..
1.18 a.m : xpela..alang2 mate ni duk segar lagi baek aku layan lagu len plak..Kenny Remy
Martin-Suratan atau Kebetulan..'Sesuatu yg xdisangka seringkali mendatangi kita,
itukah suratan dlm kehidupan.....'
1.25 a.m : Siti Sarah Raisudin- Tiada dikau tiada makna...tgh duk asyik layan lagu tu ntah nape
tbe2 fikiranku melayang teringat zaman sekolah dulu..zaman kat Trans..aii..sume
kenangan tu mmg xleh nk dibeli kat mane2..manis,pahit,masam,masin,payau, sume
ade..cukup sumenye..
1.30 a.m : Aku toleh kat hpku lg..hmm..still xde msg yg masuk..xpe2..tggu lg..awal lagi ni..
1.31 a.m : Lagu ape plak pasni?? ha..lagu nilah..Nash-Pada syurga di wajahmu..aisehh..ape kene
la ngn aku mlm ni..skt ape?? duk layan lagu jiwang2..tp..skali skale best gak..hehe
'Tuhan sengaja menduga kita..
di mana kesabaran manusia..'
1.35 a.m : Next..next..next..ala..nk dgr lagu ape ni..xde yg menarik pun...next..next...ahaa..yg ni
pun bleh la..Peterpan- Menunggumu
1.40 a.m : Christina Aquilera- Hurt...'seems like it was yerterday when i saw ur face, u told me
how proud u were............'
1.45 a.m : Napela die xbalas2 lagi msg aku..huhu..dah dkat sejam ni..mane die ni?? lagu hurt dah
abes..dah xde mood nk dgr lagu lg..aku cabut earphone dr telinge..mate aku
menengadah siling bilik..hmmm...hmmm..tggu..tggu...tggu...mate dah mule rase
berat...haishh..dah xleh tahan dah ni..tdo....aku sendiri pun xtau ble aku ttdo..
4.48 a.m : "assalamualaikum...assalamualaikum" aku dgr suare org bg salam..macam knal je
suare tu..mate masih tertutup..tp telingeku buleh tgkp suare
tu.."waalaikumsalam..owhh pak ri, ade ape??"ha..suare ni..aku cam..mak aku
ni..ooo..suare td tu tok ri rupenye..tp nape dtg umah pg2 camni?? aku cube
mendengar lagi.."kak che yah meninggal dlm kul 2.30 td.." owhh..rupenye tu pekare
penting yg nk disampaikan..innalillah..moge roh beliau ditempatkan di klgn org2 yg
beriman..amin~ tbe2 aku terfikir..ble plak Allah nk pggl aku?? Mungkin hari ni,esok
atau ble?? ya..aku sendiri xtau..Ya Allah...
5.05 a.m : aku capai hp ku kat tepi bantal..sepi..sedih..still xde msg yg masuk..ishh..hp aku ni
rosak ke? aku ketuk2 hp tu..kot2la ble aku ketuk2 tu ade msg
masuk..cehh..apela..xkan hp baru pun nk wat hal gak?? alu letak hp..sambung tdo
blk..
6.20 a.m : alarm bunyi..ngaaaaa~~terkezut aku!! turn off..tdo jap la..hehe..
6.40 a.m : aku terjage balik..aisehh..xsemayang subuh lg..cpt!! cpt!! sblm bgn sempat lg tgk hp
kot2 ade msg..malangnye...xde..hummm..

Tuesday, December 9, 2008

bila cik aida masuk dapur-versi kedua~



Hehehe..gelak dulu~~entry kali ni adalah kesinambungan drpd post yg sblm ni 'bila cik aida masuk dapur'....kali ni aku dah berjaye wat pizaa..yipppiee!!! (smbil tepuk2 tgn..)

aku tgh menguli tepung..ngee~~

tepung yg dah siap diuli dan dibentukkan jadi bulat(xdela bulat sgt..)...

taraa..pizaa ni dah 90% siap..tinggal nk bakar dan letak cheeeeeseeee jer..hehe~

skang bakar pizaa td kat dalam microwave...

suhu lbeh kurang 180-200 degree..haha..aku men belasah jer~
bakar dalam 10-15 minit..

yea!! ni la pizaa yg dah siap dibakar, ditambah ngn cheesee dah sudah tentunye sedia utk dimakan..nyam..nyam..

zoom sket..ehehe..ade mix vegetables,sausage,cndawan butang,ayam,mayonis n cheese..
jeng..jeng..jeng..nampak sedap kan??hahaha...memang..memang(masuk bkul angkt sendiri..ngahaha)

time kaseh kepade sume yg telah mencube masakanku..hahaha..nampaknye sume memberikan komen yg positif dan amat memberangsangkan..hahahaha(smbil tersenyum penuh bangge~)

Tuesday, December 2, 2008

just having fun..

1)THREE NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE?
~ ahaa..my inbox is empty..
2)YOUR MAIN RINGTONE?
~ With you by Chris Brown..
3)WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT?
~ Watching Full House..haha
4)WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT WITH? WHERE?
~ Angah n Nabila..g mcD n Sunshine..
5)THE COLOR OF THE T'SHIRT YOU'RE WEARING NOW AND WHAT DOES IT SAY?
~ blue..ntah xphm sbb tulisan jepun..tp ade gmba Shin Chan.hehe
6)THE LAST THING U DID?
~ checking my email..
7)3 OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
~ laptop,tv n bantal..
8)THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
~ green kot..haha..dah lame xtdo kat blk..
9)HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
~ not sure...just a little i guess..huu
10)HOW'S LIFE?
~ just ok..
11)YOUR FAVORITE CITY?
~ hurm??ipoh kot..
12)WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND?
~ Celebrate Raye Haji with my sibling..yaaa..
13)WHEN WAS THE LAST TIME U SAW UR MOM?
~ just now..
14)WHERE IS SHE NOW?
~ in the kitchen maa..
15)WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS?
~ few minutes ago..
16)WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U?
~ sarah
17)WHERE DID U HAVE UR DINNER LAST NIGHT?
~ kat umah lor..
18)THE LAST SURPRISE YOU GOT?
~ ntah la..
19)LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS?
~ pensel 2B from nabila..nk exam aitu..hahha
21)WHO IS UR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?
~ haha..im single..
22)WHAT DO YOU FEEL NOW?
~ hungry...hungry...
23)WANNA SHARE WITH WHO?
~ no need laa...
24)WHO KNOWS UR SECRET?
~ my BFF..ahaa~
25)DO THEY KEEP UR SECRET?
~ i hope so..
27)ARE U ANGRY WITH SOMEONE?
~ no laa..xbaek marah2..=)
28)WHAT DID YOU LAST ORDER AT MCD?
~ chicken mcnugget
29)THE LAST TIME YOU FEEL SO SAD?
~ few days ago..huhu..
30)WHAT IS UR WISH FOR TOMORROW?
~ i wish i could wake up much more earlier..hahaha

aA+bB...

There I go again..I've just finished reading a novel by Hlovate entitled aA+bB(ngahaa..wut a weird title).. but whateva it is, i just want to say dat it is such a very interesting novel n sgt2 lah best!!! i really mean it!! ahaa~~

The cover design also impressed me...i love it!!

Identifying something unidentified is harder than justifying the E=mc2 equation. Emotion falls under that something...
(nice quote from Hlovate rite??..)

Here goes some of my opinion bout this novel...

  • the writing style was different n sgt sempoi...dats why i like it soooo much(xjiwang2..hahaha)
  • a funny love story between a doctor(addin shah) and an engineer(benz alif) really drives me crazy..hahaha...gelak smpi guling2..hua3..
  • the story become much2 more interesting when 'sang kepala batu' n 'sang keras kepala' has to live together..cant imagine..ngahaha...
  • kolej TUNAS really reminds me of my beloooooveeeeeedd former school..MJSC Trans..ahaa~~all those sweet memories...MJSC Trans is da best..ever...=)
  • Mags 7: eventhough quite hyperbolic but...still masuk akal pe??haha..
  • Leiden: a memoir....(very the sweeeet..hehe)

i give perfect 10 for aA+bB!!!!

Monday, December 1, 2008

hujan itu satu rahmat...

Nilah jadinye ble aku dah xde keje nk wat..amik gamba time ujan pun, bleh la..hehe~

PES 3090 tgh 'hibernate'...

maen ujan..

kaki ku...

pokok bunge jejarum atau pun dlm englishnye ixora...

lampu jalan..
ahaa~~

selipar kesayangan(xde kene mengene..)

orkid laaa~

sekian time kaseh...sesungguhnye hujan itu satu rahmat dari Allah utk hambaNya..2la yg nk disampaikan sebena nye..gambar2 kat ats tu sekadar hiasan..

klah..tata for now(TTFN)~~

ble cik aida masuk dapur..ahaa~~

Pcaye atau tidak, arini cik aida telah bjaye membuat chicken chop..ngahahaha... Mmg sesuatu yg sgt menakjubkan dan ajaib...huyooo...aida masak!!!...mmg luar alam..yela.. aku yg mmg pemalas, xreti msk n jarang sekali masuk dapur, tbe2 wat chcken chop..x ke ajaib name nye tu...hahhaha...

Abes tunggang terbalik dapur aku kerjekan gara2 nk wat chcken chop.. seb baek mak aku xmarah..hehe.. berkat usahe gigih aku(klaka je bunyi), dah bantuan drpd chef normahanin(mak aku) dan yg plg penting.....buku resepi mak aku......akhirnye siap jugak la chcken chop tu...

Wlaupun rasenye xde la sdp mane ditambah plak ngn sos yg agak masin(bkn slh aku, mak yg buh garam..hehehe..jht pnye ank, slhkan mak..ampun mak..)..tp still bleh mkn..licin gak..ngee~~

Ni gamba yg aku sempat amik sms aktiviti mentonggang terbalikkan dapur...


sos utk ayam..yummy...
sos utk mashed potato..

coleslaw..sng je..hua3..(saje nk menunjuk sket)

taraaa...nilah buku resepi yg byk membantu...


ha..tu tgn aku tu..bukti aku yg wat..hahaha..kang ade plak yg xcaye..hihi~

kerje2 me'lenyek' potato..rase cm men msk2 pun age gak..haha..

ayam yg sdg diperap ngn serbuk cili, garam secukup rase...ahaa~

potato yg dah siapp direbus..tambah sket ngn serbuk lada putih...


pemandangan di dapur...=)

bhn2 utk goreng ayam...serbuk roti, tepung gandum....

dan telur...

ayam yg siap disalut ngn tepung gandum,telur n serbuk roti.....

aym tgh digoreng....yum3...

jeng...jeng...jeng...nilah hasilnye setelah di'touch up' dan dihias ngn daum bawang..(xpnah2 org ltk daun bwg..ngee~~)

yummy!! sgt menyelerakan... xsaba2 nk masuk perut..=p


yeaa!! sile bagi tepukan gemuruh utk cik aida!!!

 

smiling eye | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)