Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Hari Terlebih Rajin 4,5


Tak habes2 nak tulis pasal masak2 kan..-__- 

Hari terlebih rajin kelmarin. 
Sebab terlampau kempunan nak mkn mashed potato, jadi buat la..

Ni dia mashed potato with chicken gravy sauce.


Gambo from google.Lupa nak tangkap gamba sebab terlalu rakus nak makan.


Hari ni pulak, terasa nak try buat ayam goreng berempah. Bukan nak makan sangat pun sebenanya, saje gedik nak try. hehehe. Yang sebenanya kempunan nak makan ayam penyet@pecal ayam macam dekat kafe. Tapi goggle punye goggle tak jumpe resepi. Last2 buat bende laen.

Ayam goreng berempah.(ini gamba real,bkn goggle..sbb tu nampak hodoh.:P)


Esok tak tahu kempunan nak makan apa pulak. Rasa2 macam teringin nak makan 
kek lapis sarawak. Ha ha ha tapi nak buat sendiri tu memang TAK la kan.Tunggu raya la, kot2 ada rumah yang hidang kek lapis sarawak.. *waaa sedapnyeee*

........................


...............................................................


........................................................................................


....................................................................


*Cepatnye mase berjalan. Hari ni dah masuk 17 Ramadhan..*




Thursday, August 11, 2011

Hari Rajin 3

Assalamualaikum.....

Hari rajin kali ke-3, dapat ilham nak buat cream puff. Duk goggle "resepi desert" pastu nampak resepi creampuff. 

Bagi aku dalam mengoggle resepi terbaik perkara2 berikut haruslah diberi priority..keh keh keh

1. Tak payah guna banyak bahan (goggle byk2 resepi,kemudian comparekan yang mane guna plg less ingredients..)
2. Cara-cara membuatnya haruslah mudahhhhhh.(Contoh yang tak bagus: gunakan kaedah "double boiling" untuk memasak kek anda. Apekah double boiling? Tak tahu bukan? Jadi kte tolak tepi resepi ni. Cari yang guna kaedah yang lebih mudah dan masuk akal.)
3. Haruslah menggunakan bahan2 yang mudah didapati di pasaraya berdekatan. (Contoh bahan yang macam tak masuk akal adalah seperti gliserin. ????!$? Mano nak korek tu? Kalo dekat lab aku pernah la jumpe. Mungkin ade jual kat pasaraya, tapi aku je tak tau?hmmm??)
4. Dan yang terakhir dan paling penting, dekatt resepi yang digoggle tu haruslah ramai orang memberi komen mengatakan ianya sedap dan mereka telah mencuba.


Ha ha ha. Ikutlah tips di atas nescaya anda akan berjaya! lol 
*Baru 2,3 kali try masak dah mengade nak bagi tips.haha saje je tu.. Tak tahu nak tulis ape sebenanya. Layan jelaaaaaaaa*

Creampuff ni ade mcm2 bentuk. Walaupun rupe dia agak buruk, tapi insyaAllah rase sedap.:P:P:P
Buruk sebab takde piping bag,jadi guna plastic bag yang ditebuk lubang..keh keh keh




Sekian.

Tata.....:)

Wednesday, August 3, 2011

Hari Rajin 2

Sempena bulan ramadhan ni, asek rase nak tulis pasal makanan je..heheh. 
Sekali lagi, hari rajin untuk try masak bende yang tak pernah masak dekat rumah.

Iaitu.............


 Makanan feveret...............


BEGEDIL KENTANG+DAGING
Ingatkan susah sgt nak buat, rupenye senang la jugak..(berlagak sikit..kakaka)



Berjaye buat begedil dengan jayanya!! 
Tanpa hancur dan enak rasanya. (Takde org nak puji, terpaksa puji diri sendiri lagi sekali)




***Sebab dapat kakak2 ipar yang terer masak + kakak sendiri yang dulu tak berapa pandai masak tapi sekarang dan hebat + mak yang masak super sedap tak payah cakap, jadi aku pun nak jugak tunjuk bakat sikit.:P
***Terima kasih kawan YM sebab ko la dpt ilham nak buat begedil..*hehehe*

Friday, July 29, 2011

Hari Rajin


Hari ni hari rajin. Maka, berjaya lah cubaan pertama kali membuat chocolate chips cookies. 
Rasa lebih kurang mcm chipsmore..*krik krik krik*
Chipsmore tu manis sgt. Jadi aku buat yang ni kurang manis..:)
Resepi amik dari myresepi.com. Kalau nak try buat boleh tengok sini.

Sebiji dah hilang. Selamat masuk perut.





Tadaaa..


Memandangkan tahun ni boleh puasa sebulan dekat rumah. Jadi aku sangat bersemangat waja nak buat kuih raya. Tapi kan, barang-barang nak buah kuih sangat mahal sekarang. *sob sob sob* 
(Baru bajet nak tanya adik beradik lain nak request kuih ape. 
Boleh adik yang baik hati ni tlg buatkan.he he he..)



Sibuk nak pikir buat kuih ape kan. Puasa pun belum..-___-

Ape2 pun, selamat berpuasa untuk semua.Semoga tahun ni lebih baik daripada yang sebelum2 nya.

Peace :)


^________^

 

smiling eye | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)